ASsalamualaikum... NAk cerita apa hari ni ye...? TAkde idea la pulak. HAri ni dah masuk 26hb JUn 2009...hari JUmaat. PEnghulu segala hari...
HAri tu aku ada try surf blog AZwan ALi...AStaga...patut la blog dia kena flag. BAnyak sangat perkataan kotor dalam blog dia...hehehe. AKu pun ada terbaca dalam internet yang ada orang nak saman dia sebab selalu sangat menggunakan perkataan kotor dalam penulisan dia...ada jugak yang hacked blog dia but aku still boleh masuk lagi blog dia. SIap inform lagi yang blog dia sedang dikemaskini!...haru betul...
BAgi aku la kan...kalau kita nak tulis blog apa salahnya kita gunakan perkataan yang sedap dibaca...hati orang pun tak sakit kan. INi dalam blog mengutuk...mengeji...cakap2 lucah...apa benda ni...?? KAlau berani sangat pegi la kutuk depan2 muka orang tu...ni tak...tulis dalan blog...panggil media...buat conference bagitau itu ini...takde hasil pun...
KAlau blog yang ditulis tu ada unsur2 ilmiah takpe la jugak...ini...eeemmm... DAlam ruangan komen, ramai bebenor yang mengutuk si AZwan ni sebab kelaseran mulutnya & juga tulisannya...hahaha. KEnapa ye nak tulis blog2 yang sebegitu...? SEbab nak tarik perhatian ke...? ATau nak dapatkan publisiti murahan...? ENtah. AKu rasa aku lagi suka dengan AZnil sebab setiap kata2 dia ada unsur ilmiah...pengajaran...tak suka mengutuk orang. RAncangan TV dia pun banyak kepada kanak2...saya suka. BUkan orang dewasa, remaja je yang kenal AZnil tapi budak2 kecik pun kenal dia...kan best tu...
KEpada mereka yang suka menulis blog ni...tulis le blog yang bermanfaat sikit. NI tak...asyik blog nak sumpah seranah orang. BUat sakit mata & sakit hati je...kuang3x ~~~ Adios ~~~
Thursday, June 25, 2009
Posted by ~___[a.M.O.i]___~ at 7:54 PM 0 comments
Tuesday, June 23, 2009
~~~ KAwan ~~~
ASsalamualaikum... BIla dah ada blog ni tangan aku asyik gatal je nak taip walaupun takde idea...hehehe. TApi tetiba aku rasa macam nak kongsi 1 cerita mengenai seorang insan yang bernama...KAWAN ~~~
DUlu aku ada seorang kawan yang boleh dikatakan rapat juga dengan aku. KAmi mula kenal masa kami di FOrm 1...sebabnya...aku terpaksa pinjam buku teks untuk subjek MAth. SEcara tak sengaja kami jadi kawan sebab aku selalu pinjam buku teks dia. KEbetulan naik FOrm 2 kami dalam kelas yang sama so jadi makin rapat. BOleh dikatakan selalu juga kami menghabiskan masa bersama...FORM 3 kami still dalam kelas yang sama but selepas PMR kami berpecah. TApi still berkawan rapat sebab lepas sekolah biasanya dia akan datang rumah aku. MAk & ayah aku pun dah kenal dengan dia...macam tu juga mak & ayah dia. KIranya kami ni kamcing gilak la...
BIla habis SPM...kami ikut haluan masing2. AKu dapat masuk ke Uitm SEgamat & dia pulak masuk Uitm S.ALam. BIla dah berjauhan...hubungan kami renggang sikit. BIla nak masuk ke part 2...aku dengar dia dah berhenti belajar. FAmili dia ada problem disebabkan seorang abang dia ni. MAsa umur kami 20 tahun...dia kahwin dengan orang yang aku tak pernah jumpa. BIla aku dah habis study tahun 2001...aku further degree kat Uitm S.ALam. TIme tu pun kami tak pernah jumpa lagi. KIranya kami lost contact terus sejak dia kahwin & ikut husband dia ke PErak. AKu pulak busy dengan study & kawan2 baru pun dah mula ramai...
TAhun 2004 @ 2005...aku pun ingat2 lupa...aku dengar 1 cerita yang agak tragis jugak. DIa dah bercerai selepas ada 2 orang anak & balik ke KLang semula. HUsband dia seorang drug-addict & famili mertua dia memang weird sangat...aku tak tau nak explain macam mana. DIA pun dah keje kilang kat BUkit RAja. MAsa tu aku pun dah keje kat P.KLang. TAhun tu hubungan kami mula rapat balik. DIa selalu jumpa aku...kitorang pun selalu kuar sama2. AKu kenal dengan anak2 dia. BUt 1 thing yang aku perasan dia dah berubah...dia dah jadi smoker. AKu paling benci pompuan yang smoker but aku diam je...malas nak bising2...
HUbungan kitorang baik je sampai la ada 1 time tu mak aku marah betul dengan dia bila kami balik rumah pukul 5 pagi...pukul 5 PAGI!!!...MAhunya mak aku tak mengamuk!...SEbabnya...? TIme tu new year kot...aku temankan dia pegi tournament bowling anjuran kilang tempat keje dia. LEpas habis tournament dalam pukul 1 pagi kitorang pegi lepak2 pulak kat TAnjung GIla...hehehe. LEbih kurang pukul 4 pagi kot cousin aku pulak ajak lepak...dia hantar aku je dekat pukul 5 pagi...MAk aku mengamuk sakan!...GIla betul...
SEjak kejadian tu...mak aku dah tak berapa suka dia berkawan dengan aku lagi. DIA pun tak berani nak datang ke rumah aku lagi. KAmi selalu jumpa sorok2...macam cinta terlarang pulak kan...kah3x. TAk berapa lama kemudian, dia berhenti keje...aku pun tak pasti sebab apa. PUlak tu dia selalu kuar 'clubbing' dengan ex-collague dia masa kat kilang dulu. DIa totally berubah...smoking...alcoholic...sume benda yang aku benci. ANd the worst thing is...dia main lelaki...seks bebas. BIla dia tak kerja, dia selalu pinjam duit aku. KAdang2 aku tak nak bagi but aku kesian tengok keadaan dia...macam orang merempat. DIa selalu tak balik rumah & aku tak tau dia lepak mana...
1 hari tu aku terima call dari dia. DIa nak ajak aku ke hospital. BErdebar darah aku...kenapa ye...? RUpa2nya anak bongsu dia masuk hospital. BIla kami sampai kat hospital...anak dia nampak ceria walaupun lesu sebab demam teruk. BIla dia try nak dukung anak dia...anak dia menangis macam histeria! TAk nak bagi ibu dia sendiri pegang dia...just imagine. KAt situ baru aku nampak...even anak dia still kecik lagi but diorang pun ada perasaan. MAk dia selalu mengadu dengan aku pasal perangai dia...aku tau. AKu try nasihatkan dia...dia pun dah besar & boleh buat keputusan sendiri...
AFter that, things become more worst. AKu ingatkan dia dapat pengajaran daripada apa yang berlaku kat hospital tu tapi tak rupanya. DIa ada skandal dengan suami orang pulak...ada 3 orang anak. Supervisor club yang dia selalu pegi. ENtah la...ALLah je yang tau betapa sakit hati aku. SEjak tu aku mula renggangkan hubungan kitorang. KAlau dia nak jumpa aku selalu mengelak. KAlau dia call...aku tak nak jawab. AKu kesian dengan anak2 dia. TAhun 2006 aku memang dah lost contact dengan dia. KItorang jumpa semula pun masa aku bertunang bulan 7 2009. TIme aku kahwin pun dia tak datang. KIsah kami senyap macam tu je hingga dia call aku masa aku tengah berpantang. AKu layan dia macam biasa...tapi yang nyatanya tak macam dulu. LAst sekali dia call aku dalam beberapa minggu lepas...sebabnya...? NAk pinjam duit dari aku. DIa dah kahwin dengan lelaki tu beberapa bulan lepas aku kahwin. LElaki tu pun dah bercerai dengan isteri dia...
BIla aku kenang2kan balik kisah kami ni...masa sekolah ialah zaman yang paling happy buat kami. MAsa tu tak terfikir pun kami akan melalui macam2 kisah suka duka dalam hidup. AKu selalu mendoakan yang terbaik untuk dia sekeluarga. WAlaupun tak mungkin kami akan rapat macam dulu but aku selalu harap dia gembira dengan famili dia ~~~ ADios ~~~
Posted by ~___[a.M.O.i]___~ at 12:35 AM 0 comments
Monday, June 22, 2009
~~~ My Life ~~~
AKu memang berasal dari KLang ~~~ BAndar DIRAja...AKu lahir setahun selepas filem ROcky III ditayangkan. SO, pada sesapa yang tau bila filem tu ditayangkan boleh agak la aku umur berapa sekarang ni... AKu anak ke-2 dari 3 orang adik beradik. YAng sulung abang & yang last adik pompuan aku...
AKu dah berkahwin & ada seorang anak lelaki yang brutal...ngeh3x. UMur dia baru 1 tahun 4 bulan & nama dia : MUHAMMAD AMIN AIZAT BIN MUHAMMAD ADIB. DIa lahir pada 19hb FEbuari 2008 di HOspital TEngku AMpuan RAhimah, KLang...tepat jam 10.11 pagi... ANugerah ALLah yang paling aku syukuri & gembira kerana dapat memilikinya... ALhamdulillah...
MY husband... DIa lahir di JOhor but hidup dia lebih banyak di SIngapore. ADik ipar aku ada 5 orang...semuanya pompuan. AKu & husband aku sama umur... kira rakan sekolah le eventhough sekolah tak sama. AKu dah kenal dengan sejak sekolah but tak pernah bertegur sapa. AKu memang tak sangka ada jodoh dengan dia...hehehe. JOdoh urusan ALLah...
APa lagi ekk...? RAsanya setakat ni dulu kot. INsya ALLah lain hari aku update lagi blog aku ni ~~~ ADios ~~~...
Posted by ~___[a.M.O.i]___~ at 10:35 PM 0 comments




