AFrika SElatan :
- ANtara makanan yang paling pelik ialah BOrewos. BOrewos adalah daging yang sudah diramukan dengan beberapa jenis rempah, lalu disumbat ke dalam usus kambing, lembu & babi, kemudian dibakar. BIltong pula adalah daging haiwan liar seperti rusa, gajah & zirafah yang dihiris halus2, kemudian dikeringkan. DAging kering ini menjadi makanan ringan kepada para penyokong pasukan ragbi di negara tersebut...
HUngary :
- DArah babi dicampur dengan telur adalah antara makanan kegemaran mereka. BAbi itu akan dikelar lehernya. DArah yang memancut keluar akan ditadah terus ke dalam belanga, kemudian dicampur telur, lalu digoreng.JAdilah telur dadar darah babi! YEaakkk!!! KEpala babi tidak dibuang tetapi ianya dipanggang. LEmak & lendir yang menitis dari kepala babi itu ditadah ke dalam satu bekas. DI dalam bekas itu pula terdapat sejenis sup...
SElatan AMerika SYArikat :
- ANtara yang terkenal ialah otak tupai. MUla2 tupai yang telah dibuang bulunya itu dimasak, kemudian dengan menggunakan jari & garfu, kita akan kopakkan tengkorak tupai itu dan keluarkan otaknya. KAta orang yang pernah makan, rasanya macam cendawan...
UKraine :
- SAlo >>> LEmak babi yang disimpan dalam tong @ dimakan sejuk, sama ada secara mentah, goreng @ rebus...
AUstria :
- BEuschl adalah salah 1 makanan yang menjadi kegemaran sebahagian daripada warganegara itu. IA diperbuat daripada hati, ginjal & jantung babi yang dipotong halus lalu dimasak dengan pelbagai rempah ratus...
THAiland :
- DI kalangan masyarakat KAren yang tinggal di kawasan tanah tinggi, antara menu sarapan kegemaran mereka ialah tikus bakar. TIkus yang telah garing itu kemusian dihidangkan dalam mangkuk berisi sambal, lalu dimakan bersama pulut...
PERancis :
- TEte DE VEau adalah nama sejenis makanan yang diperbuat daripada kepala lembu yang telah dimasak lalu dipotong bersegi2. OTak lembu diletakkan di sudut pinggan, kemudian dimakan sejemput demi sejempu tseperti memakan bergedel...
NOrway :
- SMalahove adalah nama makanan berupa kepala kambing yang disalai selama beberapa hari. SEtelah cukup kering, seluruh kepala kambing itu akan dimakan, termasuk, mata, otak, lidah & lendir2nya sekali...
TRinidad :
- PUding darah babi dicampur remah2 roti (amende remah2 tu...?) & nasi adalah antara makanan yang menjadi kegemaran mereka...
HOng KOng :
- DAging kucing dimakan bersama roti kukus...
AFrika :
- SUsu lembu dicampur dengan darah yang memancut dari leher haiwan yang disembelih. IA merupakan makanan kegemaran masyarakat MAsaai. DI negara2 SElatan AFrika pula, mereka suka makan ulat bulu liar berwarna kuning yang ditangkap oleh golongan wanita & kanak2. SElepas ditangkap, bontot ulat bulu MOpane yang sebesar jari kelingking itu dipicit supaya keluar segala lendir & isi perutnya. KEmudian, ia dikeringkan @ diasapkan, ada yang makan mentah & ada juga yang digoreng dengan sayur. RAsanya seperti daun teh hijau. OLeh sebab kemiskinan, masyarakat AFrika memakan anai2 dengan cara menggorengnya dengan garam @ tepung. SElain itu, mereka juga memakan kumbang & belalang, yang khabarnya...rangup, lemak & berkrim!...
FIlipina :
- DI BAtangas misalnya, anjing2 yang telah disiat kulitnya ini digantung di tepi2 jalan macam itik panggang. DAging anjing ini juga menjadi kegemaran di banyak negara ASia lain. DIkatakan di KOrea, pernah terjadi seekor anjing telah dibawa ke makmal untuk dikaji. BAgaimanapun, di akhir uji kaji tersebut, anjing tersebut dibunuh dan dimakan oleh para penyelidik tersebut. DAging anjing juga menjadi kegemaran penduduk VIetnam...
SEpanyol :
- TEstis babi dirincik halus2, kemudian dimasak dengan bawang putih & pasli. MAkanan pelik ini dinamakan CRiadillas...
CHAngsa, CHina :
- TErdapat restoran2 tertentu yang sebahagian lauknya dicampur dengan susu ibu!...
* NOtes : KEpada sesiapa yang suka melancong & teringin nak melancong ke negara2 yang berkenaan, sila siasat terlebih dahulu makanan @ atau nama makanan yang anda ingin makan supaya tidak terkena dengan makanan yang tidak seharusnya kita makan. Perlu diingatkan bukan bermaksud makanan yang disebutkan di atas dimakan oleh semua penduduk negara terbabit. AGama ISlam melarang penganut2nya daripada memakan makanan2 seperti di atas. SAtu soalan : ANtara makanan tadi dengan rasuah mana yang lebih jijik...?...