SAmbungan :
- PAndemik ini mencatat 1 kematian setiap 30 saat. Malaria kerap menyerang kanak2 di bawah umur 5 tahun & wanita hamil. SEjak 1992, terdapat sedikit kemajuan terutama di kawasan2 yang telah dikenali pasti berisiko tinggi diserang malaria. BAgaimanapun, jika malaria terus meningkat, kadar kematian diramal berlipat kali ganda dalam tempoh 20 tahun akan datang. PArasit2 pandemik ini biasanya menular dalam tubuh mangsa melalui gigitan nyamuk betina Anopheles, menyebabkan mereka mengalami anemia iaitu sesak nafas & sakit kepala, serta gejala2 lain seperti demam, menggigil, loya & selsema. BAgi kes yang teruk, mangsa koma & menemui ajal. MAlaria tersebar luas di negara beriklim tropika & sub tropika termasuk sebahagian benua AMerika, ASia & AFrika...
5. AIDS (1981 - 2009 : 25 juta maut) :
- AIDS atau kurang daya ketahanan badan melawan penyakit telah membunuh seramai 25 juta mangsa di seluruh dunia sejak kes pertama dikesan pada tahun 1981. AIDS dikelaskan sebagai pandemik paling ditakuti dalam sejarah manusia moden. DIcatatkan 40.3 juta orang menghidap AIDS pada 2005, 3.1 juta maut, purata 8,500 kes baru setiap hari, dan 570,000 mangsanya adalah kanak2. JUmlah penghidap HIV akan terus meningkat walaupun pelbagai strategi pencegahan dilakukan seperti memakai kondom & mengelakkan perhubungan seks rambang. SEbanyak 64% penghidap HIV tinggal di AFrika & lebih 77% ialah wanita. DI AFrika dan sub SAhara, jumlah peningkatan paling teruk dengan 23.8 juta hingga 28.9 juta menghidap HIV pada 2005. ASia & ASia TEnggara pula mencatatkan 15% kes, dikenal pasti lokasi kedua paling terjejas akibat pandemik HIV. SEhingga kini tidak diketahui bagaimana wabak ini muncul & bermula walaupun ada pihak yang mengatakan virus AIDS berasal dari sejenis beruk di AFrika...
6. TIfus (430 SM - 2009) :
- PAndemik ini telah membunuh kira2 3 juta mangsa antara tahun 1918 & 1922, kebanyakannya tentera NApoleon yang sedang berperang di RUssia. TIfus salah satu daripada beberapa penyakit dibawa oleh kutu yang menghasilkan bakteria. NAma TIfus diperolehi daripada perkataan GReek yang bermaksud 'berasap' @ 'malas' yang menggambarkan keadaan fikiran mangsa yang menghidap TIfus. TIfus merebak di kawasan yang kotor seperti mereka yang tinggal dalam penjara @ kem tentera. SEbelum vaksin dihasilkan semasa PErang DUnia KEdua, TIfus merupakan sejenis penyakit yang membawa kemusnahan besar pada manusia. MIsalnya, pada tahun kedua peperangan PEloponesian (430 SM), kota AThen purba YUnani telah diserang 1 wabak dikenali hawar AThens yang mengorbankan ramai mangsa secara senyap termasuk PEricles & 2 anaknya.WAbak ini mengganas kali kedua pada tahun 429 SM & musim sejuk 427/6 SM. PAndemik ini berlaku lagi di ERopah sejak kurun ke-16 sehingga kurun ke-19 semasa perang INggeris dan perang NApoleon. SEmasa NApoleon berundur dari MOscow pada 1812, ramai askar PErancis meninggal dunia akibat TIfus. PAndemik ini berulang di IReland antara tahun 1818-1819, 1830, 1846 & 1849. PAndemik TIfus telah mengorbankan 3 juta penduduk RUssia, POland & ROmania...
Tuesday, July 14, 2009
~*~ 6 PAndemik paling dahsyat di dunia ~*~
Posted by ~___[a.M.O.i]___~ at 10:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment