BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 14, 2009

~~~ TAhukah ANda ~~~

BEruang KUtub lenyap, manusia bahaya!...ITulah mesej yang jelas apabila ais laut yang menjadi habitat haiwan itu semakin mencair akibat pemanasan global. PEngecilan saiz kawasan ais itu mengehadkan kawasan pemburuan masyarakat ESkimo selain turut mengancam habitat semulajadi beruang2 kutub, anjing laut & hidupan2 lain yang mendiami KUtub UTara...

BEruang kutub ialah sejenis haiwan karnivor yang hanya mendiami kawasan ARtik. SPesis haiwan ini unik kerana mampu berenang sehingga 100 km tanpa henti dan bergantung kepada ais laut sebagai pelantar untuk memburu anjing laut. PUsat KAjian GEologi AMerika SYarikat melaporkan, 2/3 daripada populasi beruang kutub @ kira2 16,000 ekor haiwan karnivor itu mungkin lenyap menjelang 2050 akibat fenomena pemanasan global...

KAjian saintis terhadap ais di KUtub utara sebelum ini menunjukkan bahawa ais di sana akan hapus dalam tempoh 65-75 tahun lagi. RAmalan ini mengingatkan kita bahawa ais akan hilang pada tahun 2070-2080. Bagaimanapun, kajian & data2 terbaru saintis termasuk imej satelit mendapati hayat ais laut di KUtub UTara dijangka lenyap dalam tempoh 20 hingga 30 tahun sahaja akibat fenomena pemanasan global yang tidak terkawal...

RAmalan terbaru saintis ini dibuat selepas mengambil kira faktor pencairan ais laut semakin drastik kebelakangan ini. JIka ramalan itu tepat, maka pada 2070-2080, KUtub UTara sama sekali akan kehilangan ais. MAnusia boleh ke KUtub UTara tanpa halangan ais seperti sekarang. LAluan maritim ke sana berjalan lancar...

WAktu itu, segala2nya lenyap sama sekali. TIada lagi haiwan seperti beruang kutub @ anjing laut. KUtub Utara bertukar menjadi laluan terbuka! MAlah, Kutub UTara mengkin menjadi destinasi terbaru untuk dikunjungi pelancong. TApi, manusia mesti ingat! JIka beruang kutub lenyap ia petanda malapetaka besar bakal menimpa manusia...

MAhatma GAndhi pernah berpesan : "KIta bukan mewarisi alam ini daripada nenek moyang kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita, maka adalah 1 dosa jika kita terus mengabaikan tanggungjawab ini semata2 demi kepentingan diri sendiri. INgatlah, jika alam semakin bosan dengan sikap manusia, tidak ada apa yang dapat menghalangnya menunjukkan kemarahannya pula!"...

0 comments: