BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 17, 2009

SIapa YAng SEsat...?

SUatu hari seorang lelaki bernama TUfaili melihat orang ramai berjalan ke arah yang sama. TUfaili terus mengekori kerana menyangka orang ramai itu ingin menghadiri majlis keramaian. DEngan itu dapatlah dia makan percuma. TEtapi rupa2nya mereka itu pergi ke istana sultan & mereka adalah penyair!...

TUjuan para penyair itu pergi ke istana sultan adalah untuk membacakan syair mereka yang berisi puji2an, dengan niat mengampu & membodek pemerintah. DEngan memuji & membodek itu, dapatlah mereka hadiah serta imbuhan yang lumayan...

DI tengah istana, para penyair itu pun mula membacakan syair ampu2an mereka. SEtelah semua penyair selesai membaca syair masing2, mereka pun diberikan hadiah 1 setiap seorang. KIni tinggallah TUfaili seorang diri. DIa hanya duduk mendiamkan diri hingga menimbulkan tanda tanya kepada sultan. SEorang pegawai istana segera menudingkan jari ke arah TUfaili dan mengarahkan dia membacakan syairnya...

"TIada syair sebab aku bukan penyair", kata TUfaili apabila diminta berbuat demikian...

" KAlau begitu, siapa kamu...?" TAnya pegawai istana...

JAwab TUfaili, "AKu hanyalah termasuk di antara orang2 yang sesat yang disifatkan oleh ALLah s.w.t dalam firmannya yang bermaksud : "DAn penyair2 itu diikuti oleh orang2 yang sesat." (ASy-SYura : 224)...

SUltan tertawa mendengar jawapan TUfaili & memberikan hadiah kepadanya, tanpa menyedari jawapan TUfaili tadi adalah jenaka yang mengandungi sindiran yang tajam...

0 comments: