BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 14, 2009

~~~ NAsihat MUnsyi ABdullah ~~~

NASihat : ADalah satu hairan lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang MElayu ini, belum sedarkan akan dirinya, ia tinggal dalam bodohnya itu, oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya itu. MAka mustahil pada akal : ADakah orang tiada belajar itu boleh menjadi pandai sendirinya...? BUkankah bangsa2 yang lain dalam dunia ini masing2 ada belajar bahasanya, melainkan orang MElayu...? DAn lagi pula, katanya, "APakah gunanya dipelajari kerana ia itu bahasa kita...? LAgipun dalam dunia sahaja berguna, terlebih baik bahasa ARab, berguna dunia akhirat". ITu pun benar juga, tetapi hairan aku bagaimana boleh diketahui bahasa orang lain, jikalau sebelum mengetahui bahasa kita sendiri dahulu...? AKAn tetapi ia berkata2 itu dengan bahasa MElayu, ia berjual beli dan berkirim surat dan membalas surat dengan bahasa MElayu juga. MAka belum pernah aku melihat, baik orang MElayu, baik peranakan, atau barang bangsa yang lain2 menggunakan bahasa ARab dalam pekerjaannya, baik dari hal berniaga atau menulis kira2nya atau berkirim surat atau membalas surat, melainkan sekalian mereka itu menggunakan bahasa masing2, melainkan dalam sembahyang atau berdoa itulah sahaja...

* PEtikan HIkayat ABdullah (1849), karya ABdullah bin ABdul KAdir MUnsyi @ MUnsyi ABdullah...

0 comments: