BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 20, 2009

HArta ATau NYawa...?

HUjan turun dengan lebatnya. SUdah lebih seminggu ia tidak berhenti. PEnduduk di sebuah perkampungan kecil di TAnah BEsar CHina panik apabila air mula melimpahi tebing sungai, kemudian naik hingga ke kawasan kampung. DAri hanya separas buku lali, bah terus meninggi hingga ke paras pinggang. MEreka mengumpul segala barang keperluan & memasukkannya ke dalam kapal...

DAlam hujan lebat & bah yang semakin teruk, mereka belayar menuju ke tempat yang selamat. MAlangnya belum sampai ke tempat dituju, kapal itu karam dilanda ribut. RAmai yang mati lemas, kecuali 5 orang lelaki. MEreka berenang merentas arus yang deras. TApi aneh, salah seorang daripada mereka tertinggal jauh...

"HEi! KEnapa lambat sangat...? KAn kau yang paling handal berenang berbanding kami, cepatlah!" JErit lelaki yang berbadan gempal sambil termengah2 menguak tangannya melawan arus...

LElaki kurus yang berenang perlahan itu menjawab, "AKu berenang dengan sebelah tangan. SEbelah lagi nak bawa beg berisi wang emas! BErat!"...

LElaki berbadan gempal menjerit balik, "BUAng aja duit tu! NYawa lebih penting!". TApi lelaki kurus enggan. DIa terus berenang dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi mengepit beg berisi wang emas...

KAwan2nya sampai ke tebing sedangkan si kurus terkial2. LElaki gempal menjerit lagi, "BUang duit kau tu!!! APa gunanya harta kalau kau mati lemas...?" LElaki kurus tetap enggan. TIdak lama kemudian dia tenggelam & hilang dalam banjir yang menggila...

0 comments: