BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 22, 2009

[M][O][k][h][t][a][r] [D][A][h][a][r][i]

ASsalamualaikum...HAri ni tiba2 je aku teringat kepada seorang lagenda bola sepak MAlaysia yang telah lama meninggalkan dunia ni...ALLahyarham MOkhtar DAhari. JAdi, aku pun surf kat internet biografi pasal beliau & ini apa yang aku dapat untuk tatapan kita semua...

MOkhtar DAhari merupakan anak kelahiran SEtapak, KUala lumpur & dilahirkan pada 13 NOvember 1953. BEliau telah menunjukkan minat yang mendalam kepada bola sepak sejak di usia yang masih muda. BEliau telah bermain untuk pasukan sekolah & kemudian mewakili pasukan negeri beliau iaitu SElangor. BEliau hanya berumur 19 tahun apabila dipilih buat pertama kalinya menyertai pasukan MAlaysia & menentang pasukan SRi LAnka sebagai perlawanan pertama beliau pada tahun 1972. BEliau telah membantu SElangor memenangi PIala MAlaysia sebanyak 10 kali & menjaringkan 177 gol sepanjang karier beliau. UNtuk pasukan MAlaysia pula, beliau telah menjaringkan 125 gol daripada 167 cap penyertaan beliau di arena antarabangsa...

MOkhtar DAhari merupakan seorang penyerang yang terbaik ketika itu. BAgi beliau, STadium MErdeka merupakan 'rumah kedua' beliau di mana di situlah bergemanya gelaran 'SUperMOKh' apabila beliau beraksi untuk apa jua perlawanan. BErsama2 mendiang R.ARumugam (penjaga gol), SAntokh SIngh & DAtuk SOh CHin AUn (defender), REduan ABdullah (midfilder) & rakan gandingan beliau di barisan hadapan, ISa BAkar, melengkapkan barisan terbaik SElangor & MAlaysia yang menjadi salah satu pasukan terkuat dalam era 70-an...

PAda tahun 1975, MOkhtar DAhari mewakili MAlaysia melawan pasukan gergasi INggeris ketika itu, ARsenal. DI dalam perlawanan itu, MAlaysia telah menang dengan 2-0 & kedua2nya merupakan jaringan MOkhtar DAhari. SElepas perlawanan tersebut, ada khabar angin menyatakan bahawa pihak THe GUnners telah menawarkan MOkhtar DAhari untuk bermain dengan pasukan mereka. BEliau juga merupakan penjaring gol tunggal MAlaysia ketika perlawanan menentang ENgland pada 1978 yang berkesudahan seri 1-1. JUrulatih ENgland ketika itu ialah Sir BObby RObson & gol tunggal ENgland dijaringkan oleh PAul MAriner...

MOkhtar DAhari telah meraikan cap ke-100 beliau untuk pasukan MAlaysia apabila beliau bermain untuk PEstabola MErdeka menentang JEpun pada tahun 1976. BEliau juga mewakili SElangor pada JAnuari 1982 untuk perlawanan persahabatan menentang kelab BOca JUnior dari ARgentina yang pada masa itu diwakili oleh MAradona. PErlawanan berkesudahan ARgentina menang 2-1...

MOkhtar DAhari telah bersara pada MEi 1986 selepas membantu SElangor memenangi PIala MAlaysia dan beliau merupakan 'MAn of the match' dalam perlawanan itu. BEliau juga telah menghadiahkan jersi nombor 10 beliau kepada RAja MUda SElangor. BAgaimana pun, pada JAnuari 1987 beliau telah keluar dari persaraan apabila bermain satu musim lagi untuk pasukan SElangor. PAda JAnuari 1988, beliau menyertai KWong YIk BAnk & sekaligus memenangi LIga SElangor tahun itu...

MOKhtar DAhari meninggal dunia pada 11 JUlai 1991 di usia 37 tahun setelah menderita penyakit 'AMyotrophic LAteral SClerosis' di PUsat PErubatan SUbang JAya (SJMC) pada pukul 8.25 pagi. JEnazah beliau telah dikebumikan di TAnah perkuburan BUkit PErmai, TAman KEramat PErmai...

PAda aku...tak ada sesiapa pun yang boleh menggantikan beliau. KEhebatan, kekentalan & kegigihan beliau menyerlahkan karisma beliau sebagai seorang lagenda bola sepak yang disegani oleh kita semua & digeruni oleh lawan. AKu respek sebab beliau ialah contoh terbaik untuk pemain2 generasi muda untuk menilai & meperbaiki semula imej MAlaysia di mata dunia. SEbab apa...? SEbab beliau bermain sesungguhnya untuk negara...bukan sebab wang! AKU sedih sangat sebab masa tu aku kecik lagi nak mengenali beliau & menyaksikan kehebatan beliau. SEmoga ALLah mencucuri rahmat ke atas roh beliau & semoga beliau ditempatkan di tempat orang2 yang beriman disisiNYa...AL-FAtihah...

* NOtes : BLog ini ditulis merujuk kepada biografi ALLahyarham MOLhtar DAhari >>> http://en.wikipedia.org/wiki/MOkhtar_DAhari...
KAlau sesiapa nak view klip video beliau, boleh layari YOuTUbe >>> http://www.youtube.com/watch?v=-AahfIIPFjQ & http://www.youtube.com/watch?v=GmypmcJ_uY8...

0 comments: