BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 23, 2009

~MY ELvis Presley~

ASsalamualaikum...ELvis PResley...IDola aku time aku sekolah menengah. SEbab apa...? SEbab dia handsome & berbakat. DIa ada bakat menyanyi...menari...berlakon & memikat...HEhehe. AKu minat dengan dia sebab of course de first reason is he is so handsome & gorgeous! SEcondly...sebab dia mengingatkan aku kepada ALLahyarham TAn SRi P.RAmlee...satu2nya manusia & seniman negara kita yang punya multitalented! EVen ELvis ni tak pernah mengarah filem (aku rasa la...) but bakat dia kiranya setanding dengan ALLahyarhan TAn SRi P.RAmlee. INi ada sedikit biografi mengenai insan bernama ELvis PResley...

BEliau ialah anak kepada Vernon & GLadys PResley dan dilahirkan di MIssissippi pada 8 Januari 1935. BEliau mempunyai seorang saudara kembar, JEssie GAron, yang telah meninggal dunia ketika masih bayi lagi. Beliau & parentsnya kemudian berpindah ke MEmphis, TEnnessee pada tahun 1948 & ELvis telah menamatkan pelajaran di HUmes HIgh SChool pada tahun 1953...

PEngaruh muzik beliau bermula ketika beliau masih remaja di mana beliau amat meminati pop & country, gospel yang selalu beliau dengar di gereja & R&B daripada penyanyi2 kulit hitam yang selalu beliau dengar di Beale STreet, MEmphis. PAda tahun 1954, beliau memulakan karier nyanyian beliau di SUn REcords di MEmphis. PAda akhir tahun 1955, kontrak rakaman beliau telah dijual kepada RCA Victor. Pada tahun 1956, beliau telah menjadi idola antarabangsa. DEngan keunikan bakat & suara yang beliau miliki telah menjadi satu saingan kepada penyanyi2 kulit hitam yang ketika itu memonopoli genre muzik yang beliau perjuangkan. ELvis juga telah mengetengahkan era baru dalam muzik AMerika...

BEliau telah membintangi 33 buah filem, mencipta sejarah sebagai selebriti yang paling kerap tampil dalam program2 televisyen, sentiasa mencipta rekod dalam penjualan album, konsert2 live di dalam jelajah konsert beliau di LAs VEgas. SEcara global, rekod2 nyanyian beliau telah terjual lebih daripada 1 billion unit...lebih daripada artis2 yang lain. DI AMerika sahaja rekod2 beliau telah mencapai anugerah gold, platinum @ multi-platinum untuk 150 album & singles. Antara anugerah yang beliau telah miliki termasuklah pencalonan 14 kali dalam ANugerah GRammy (3 menang) daripada NAtional ACademy of REcording Arts & SCiences, Pencapaian SEumur HIdup dalam ANugerah GRammy. PAda usia 36, beliau telah dinamakan sebagai salah seorang daripada " TEn OUtstanding YOung MEn of NAtion' pada tahun 1970 oleh AMerika SYarikat. BEliau juga pernah berkhidmat di U.S. ARmy...

BAkat, ketampanan, karisma & sifat humor beliau telah menyerlahkan kehebatan beliau pada mata dunia. BEgitu juga dengan kebaikan yang telah beliau lakukan sepanjang hidup beliau. BEliau juga telah dikenali sebagai salah seorang daripada individu yang paling berpengaruh dalam abad ke-20. BEliau telah meninggal dunia pada 16 OGos 1977 di kampung halaman beliau di GRaceland, MEmphis...


0 comments: